Sempena 3 Mei ini, kami, pihak BWP akan menganjurkan sebuah kempen yang diberi tajuk 'Lend your hand, Love your teacher'. Kempen ini akan diadakan selama sebulan. Disebabkan sikap tolong-menolong pelajar kepada cikgu amatlah berkurang, jadi, kami akan melancarkan kempen ini ketika perhimpunan 3 Mei nanti. Setiap pelajar akan dikehendaki untuk membuat satu borang sempena kempen ini. Contoh borang akan ditampal di board BWP. Pelajar yang menolong cikgu akan menerima satu tandatangan daripada cikgu tersebut. Setiap minggu, pelajar yang mendapat tandatangan 15 orang cikgu akan diberi hadiah. Kaunter untuk menerima hadiah akan dibuka pada setiap minggu di Bilik BWP. 10 orang pelajar yang terpantas menghantar borang tersebut dan lengkap dengan 15 orang cikgu akan menerima hadiah 'istimewa'. Selebihnya akan juga akan diberi hadiah. HADIAH TERHAD! Siapa cepat, dialah yang akan dapat. Setiap minggu akan diberi hadiah kepada pelajar yang terpantas.
Diharap semua pelajar akan memberi sepenuh kerjasama untuk menjayakan kempen ini.
Sama-samalah kita menerapkan budaya tolong cikgu dalam setiap pelajar.
Salam.
No comments:
Post a Comment