Pada 8/02/10 telah diadakan pelancaran SPM & PMR ketika perhimpunan dilangsungkan. Alhamdulillah, perjalanan pelancaran ini berjalan dengan lancarnya. Semua pelaja F5 dan F3 telah memberi komitmen dan kerjasama yang amat baik. Walaupun pada rehearsal pada malam sebelum pelancaran, terdapat beberapa masalah yang berlaku, hasilnya amat baik. Semua pelajar telah menyanyikan lagu 'Standing in The Eyes of The World' dengan begitu bersemangat sekali. Dengan moto SPM iaitu Beyond A+ dan moto PMR iaitu Strive 8A's diharap dapat memberi semangat kepada pelajar F5 dan F3 untuk belajar bersungguh-sungguh sehingga SPM dan PMR tiba. Kami dari pihak BWP mengucapkan terima kasih kepada pelajar F5 dan F3 atas kerjasama anda pada hari itu dan sama-samalah kita membawa nama maktab kita ke tempat pertama antara MRSM. InsyaALLAH.
Peringatan kepada semua pelajar PMR dan SPM. jangan lupa memakai button batch setiap hari.Lelaki 3/4 dari bawah tie manakala bagi perempuan, di atas lencana.
w'salam.
No comments:
Post a Comment