February 27, 2010

Minggu aktviti sem 1 dan Minggu Orientasi '10'

Alhamdulillah,minggu aktiviti dan minggu orientasi berjalan dengan lancarnya. Walaupun kedua-dua aktiviti ini berjalan dengan serentak, aktviti-aktiviti yang dijalankan dapat berjalan walaupun terdapat beberapa halangan.


Minggu penyesuaian diri bermula dengan pendaftaran tingkatan 1 dan tingkatan 4.Pada tahun ini, majoriti tingkatan 4 merupakan pelajar lama MRSM KKB, dan 34 orang dari MRSM Kuala Klawang dan selebihnya daripada sekolah kementerian. Kelihatan pelajar-pelajar tingkatan 1 dan tingkatan 4 begitu bersemangat mengikuti aktivit-aktiviti yang disediakan dalam minggu orientasi.

Bagi minggu aktitvi pula, beberapa aktiviti telah dijalankan bagi para pelajar tingkatan 2,3 dan 5. Antaranya ialah, sukan tradisional, pasar malam, kuiz matematik, amazing science (t3), puisidra, amali haji, aerodance, talent show (t5), Human Chess, pert nasyid (t2), kingdom of homeroom, pesta remaja citra, spontan (2,3 dan 5),dan banyak lagi.

Bagi tingkatan 1 dan 4 yang tidak pernah merasai minggu aktiviti, minggu aktiviti sem 2 akan diadakan pada bulan ogos ini.

Salam 1Malasyia

No comments: